SDN. BHD.
PENGENALAN
DS RICH MANUFACTURING
Sebuah syarikat yang berpusat di Tawau, Sabah, yang menawarkan perkhidmatan OEM (Original Equipment Manufacturer) untuk kosmetik, skincare, bodycare dan pembungkusan produk. Kami pakar dalam menyediakan penyelesaian yang berkualiti tinggi, mematuhi standard industri, dan mengutamakan kepuasan pelanggan. Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri ini, kami berkomitmen untuk menawarkan produk kosmetik yang inovatif, selamat, dan efektif untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan dan antarabangsa. Kami menyediakan perkhidmatan dari pembuatan formulasi kosmetik,skincare dan bodycare hingga pembungkusan, dengan penekanan terhadap kualiti, keberkesanan, dan keberlanjutan. Kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk menghasilkan produk yang mengikut spesifikasi yang tepat, dengan kawalan kualiti yang ketat di setiap langkah proses pengeluaran. Kami juga menyediakan perkhidmatan konsultasi kepada mereka yang ingin menjadi founder kosmetik janama sendiri

OBJEKTIF
1.Menjadi peneraju dalam industri kosmetik OEM di Malaysia, khususnya di Tawau dan Sabah, dengan menawarkan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam pelbagai sektor.
​
2.Memenuhi keperluan pasaran kecantikan global dengan menghasilkan produk kosmetik yang selamat, berkesan, dan inovatif.
​
3.Memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan dengan kehendak dan keperluan setiap pelanggan.
4.Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses pembuatan melalui penggunaan teknologi terkini dan pengurusan sumber yang optimum

MISI
1. Menyediakan produk kosmetik berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian keselamatan dan keberkesanan untuk pasaran global.
2. Mengutamakan inovasi dalam setiap aspek pembuatan produk, daripada formulasi hingga pembungkusan, untuk memastikan pelanggan mendapat nilai yang terbaik.
3. Membangunkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan rakan kongsi dengan memberikan perkhidmatan yang mesra, pantas, dan profesional.
4. Menggalakkan amalan perniagaan yang lestari dengan memastikan penggunaan bahan dan proses yang mesra alam untuk menyokong kelestarian industri kosmetik.
5. Sentiasa berusaha untuk meningkatkan proses pengeluaran melalui penggunaan teknologi terkini dan latihan bberterusan kepada pasukan untuk memastikan kualiti produk yang lebih baik

VISI
Menjadi kilang OEM kosmetik dan pembungkusan terkemuka di Asia Tenggara yang diiktiraf keranamempunyai formulasi yang berkesan, produk inovatif, kualiti yang unggul, dan perkhidmatan pelanggan yang tidak tertandingi. Kami berhasrat untuk memperkasa jenama kecantikan dan membantu founder-founder di luar sana dengan menawarkan penyelesaian yang boleh dipercayai dan mampan kepada pelanggan di seluruh Malaysia
